kisah Nabi Yahya AS
pada zaman rasul, nah ni kisah nabi and rasul kita selanjutnya moga
bermanfaat buat sobat semua.. ...
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan
mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya,
sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani
Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat
maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul
didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus
ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya
tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan
pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin
berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka
mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan
menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran
Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan
seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang
dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa
sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah
kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya
Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil
di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam
dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa
memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut
dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah
Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada
kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan
keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam
doanya: “Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku
dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan
pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku khuatir bahawa
sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali
aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang
akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan
kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan
yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku
tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau
seorang putera yang soleh yang engkau redhai.”
Allah berfirman memperkenankan permohonan
Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan
memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan
kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa
nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana aku
akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang
mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya.”
Allah menjawab dengan firman-Nya: “Demikian
itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan
engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku
akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung.” Allah berfirman:
“Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia
selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah
nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi
hari.”
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak
dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi
ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada
kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal
cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun
beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada
kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan
matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim
menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi
tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam
mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula
menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran
dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang yang
telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya
mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana
hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi
Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia
dijuluki “Yahya Pembaptis”.
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin
pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia,
seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan
berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh
anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan
seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan
Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh
pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana
orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa
mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana
telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia
khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh
oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang
sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan
segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi
masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan
bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa
saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.
Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak
lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku
berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu,
kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang
mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku
tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan
keinginanmu.”
Herodia menjawab: “Bila Tuan Raja berkenan,
maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang
mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah
kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan
mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat
dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan
besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku
ini”.
Herodus yang sudah tergila-gila dan
tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik
menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain
tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah
kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa
hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan
utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan,
walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri
rajanya dan Bani Isra’il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di
atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15,
surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya’ ayat 89
sehingga ayat 90.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar